Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts
Sunday, April 6, 2014
MELADA! - Artis wanita buat perangai. Tak datang interview TV live.
Hahh...aku ade lah terdengar cerita pasal si artis wanita cute nih. Kononnya dia makin susah nak dapat tawaran berlakon dek sebab perangainya yang teramat manja nih. Manja ke gedik??
Dulu pun dia nih Duta satu produk kecantikkan. Tapi sekarang iklan tuh dah bertukar orang. Adakah kerna sudah dibatalkan kontrak? Entahlah.. Nanti kita cuba korek dari orang-orang Innershine ye.
Baru-baru ini ada satu filem beliau baru keluar dipawagam iaitu Sejoli. Filem nih semua pelakon2 nya hebat-hebat belaka; Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak. Jalan cerita dan pengarahnya pun tersangatlah hebat iaitu si Ombak Rindu Osman Ali. Semuanya otai-otai filem kecuali dia. Ramai penonton memberi komen bahawa watak nya patut dibawakan oleh pelakon lain kegedikkan nya dalam filem itu sangat tak sesuai, FAKE!!
Haa..yg nih bikin panas hati. Saya memang kenal dengan seorang producer Malaysia Hari Ini, MHI (TV3). Terdengarlah perbualan bahawa si artis nih, sudah diberi peluang untuk datang set dan di interview untuk mempromosikan fielm Sejoli. Tapi si cantik jelita (hati cantik tak??) datang lambat youu!! Ingatkan datang lambat je, tapi tak muncul-muncul langsung sehinggalah habis rancangan live MHI tersebut. Bukan ape, katanya jadual MHI agak padat masa tuh untuk slot slot lain yang lebih menarik dan mendatangkan fulus. Tapi producer bagi peluang lah sebab nih filem Grand Brilliance secara free!!. Tapi artisnya pulak buat hal kau!! Memalukan pihak GB je. Apa lagi?? Tak baran ke producer tuh.
Ada lagi...gossip kena kumpul bukti banyak2 you. Baru gegar sikit. Katanya Maya Karin pun makan hati ngan dia, kenapalah pelakon yang baru setahun jagung nih susah sangat nak datang promosikan filem sendiri? Otai-otai lain pun busy jugak tapi sempat je datang photoshoot bersama media dan buat promosi filem... no wonder lah banyak produksi dah tawar hati nak panggil kau.
Yang paling tak boleh terima nih. Nih yang satu nih, dia telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh PR pihak Grand Brilliance pasal jadual promosi filem. Tapi nak tau ape dia jawab?? "Saya nak tengok konsert Shah Rukh Khan, so tak dapat nak join promosikan filem"
Kelass kau pondan!!! Berasap jugaklah gegendang telinga mendengar cerita alasan artis yang tak bertanggung jawab nih. Kau dah kenape???? Emang dasar anak orang KAYA!!
Kata orang, kalau baik dan berbudi bahasa. Ataupun senang kata...TAK BODOH!! Takdelah orang tak suka ngan kau dik. Kesiann... artis-artis macam nih lah yg mencemarkan nama baik industri filem Malaysia.
One word: DISPOSABLE!!!
Monday, January 27, 2014
Bahagiamu Deritaku Juara AJL28 - Tahniah Hafiz!
![]() |
| Hafiz - Bahagiamu Deritaku |
Pelbagai spekulasi awal yang diperkatakan dikalangan peminat-peminat dan juga pemain industri seni tanah air. Apetah lagi twit twit #AJL28 malam tadi begitu ramai pengkritik-pengkritik umum menyuarakan pendapat mereka.
Awal-awal lagi saya sudah jangkakan kemenangan artis kecil yg comel ini. Kagum dengan cara pembukaan lagu. Suara yang mantap dan berisi emosi yang dengan sengaja telah membuat kejantanan ku jatuh di lap dgn tisu.
Tahniah Hafiz Suip dengan kemenangan membawa 2 trofi AJL28.
Johan Juara Lagu 2013/2014
Johan Ringtone Popular Celcom (yeke celcom??) huhu
Ini adalah keputusan lain AJL28:-
1. Johan- Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
Kesian kat Stacy Angie, dah 5 kali dia masuk AJL tapi tak berkesempatan lagi memenanginya. Sabar Stacy, silalah amik kelas vokal seperti adik Hafiz yang comel nih.
Labels:
AJL28,
Bahagiamu Deritaku,
Hafiz,
Hafiz Suip,
Juara AJL28,
Lirik,
trofi,
TV3
Thursday, November 14, 2013
Love You Mr Arrogant Cecah Jutaan peminat di Tonton!
Siapa minat tengok drama nih? Haaa...
Popular bukan hanya di kaca TV, drama bersiri ini juga merekodkan jutaan penonton di Tonton.Com.My!
“Love You Mr Arrogant” berjaya mencatat tontonan tertinggi dalam sejarah dengan 4.9 juta sepanjang musim termasuk episod akhir. Siaran episod terakhir pada 7 November 2013, LIVE CHAT bersama pelakon utama iaitu Azlee Khairi dan Zara Zya di www.tv3.com.my/LYMA mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih dari 13,000 peminat. Siap trending di twitter lagi tuh.
Drama terbitan Primeworks Studios ini diadapatasi dari novel hasil karya seni Aliesha Kirana, menjadi sebuah drama 26 episod arahan oleh Eoon Suhaimi dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob, membariskan pelakon-pelakon yang mampu menjiwai watak seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias.
Episod akhir drama ini pada Khamis lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)




