Erra tak sanggup lagi mempertahankan rumah tangganya |
18 Februari lalu kecoh arena seni tempatan dengan berita perceraian rumah tangga Erra bersama bekas suaminya Emran, dan mendapat hak penjagaan anak dan Erra mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan secara bergilir-gilir.
Pelbagai spekulasi apakah punca perceraian dan mengapa Erra memberi hak penjagaan anak kepada Emran sedangkan ibu lebih berhak. Malah Erra juga tidak menuntut nafkah.
Mahal sungguh harga kebebasan Erra dengan Aleesya, anak hasil perkahwinannya bersama Emran, sebagai gadaian.
Mungkin Erra merasakan itulah jalan terbaik untuk rumah tangga mereka. Perceraian adalah jalan terakhir jika istana bahgia yang dibina tidak lagi punya alasan untuk dihuni.
Selepas bercerai dengan Yusry, ramai meramalkan Emran adalah lelaki yang mampu menjadi pelindungnya dan akan menghabiskan usia tuanya bersama hingga kekal hujung nyawa. Kebahagiaan mereka tambah lengkah apabila dikurniakan cahaya mata.
MEsti ada hikmah di sebalik semua ini bagi Erra. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Diharap Erra banyak bersabar menghadapi dugaan ini kerana Erra akan menjayakan Teaterikal Suara Kita bersama Awie dan Ziana Zain di Istana Budaya pada 2 dan 3 Mac ini.