Hangatt nih!! Pernah berdepan dengan bekas kekasih kepada ‘perampas’ awek atau boifren korang? Apa misi dan visi korang bila dapat tahu? Haaa...misi yang bakal dilakukan Maya Karin dan Bront Palarae, 20 Februari ini dalam filem SEJOLI, dari skrip garapan pengarah Cun dan Ombak Rindu, Osman Ali + Ikhwan Sha.
Nak tau tak filem ni di-shooting kat mana? Haaa... Phuket laa you alls! Keindahan Phuket pasir-pasir putih tepi pantai tuh lah yang melengkapkan skrip dan penceritaan filem ini. Para pelakonnya, oh mak kau... KEBABOOmmm. Pelakon handalan seperti Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak, dan Izara Aishah. Gabungan manTOP!
Sebenarnye lah kan, cerita filem SEJOLI nih al-kisahnya pasal si Joe (Bront Palarae) bawa diri ke Phuket setelah hancur hatinya akibat dicurangi Nita (Izara Aishah). Gituhhh! Semasa hendak bertolak ke sana, Joe bertembung secara tak sengaja gedik-gedik dengan si Gina ni (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas berpisah dengan Hardy (Remy Ishak). Fuhhh...apa lagi? Bermulah lah kisah drama Melayu nya di sana.
Biasalah kan artis nih nak bercuti je kat Bali, Bangkok, Krabi, Phuket. Kelass kau!! Ok, sambungan cerita, rupa-rupanya ex-ex mereka tuh couple berdua jugak. Takdir tuhan sangat! Abang Osman Ali ni memang tau suka buat cerita macam nih.
Drama you alls. DRAMA!! Hahaha..
Nak dijadikan cerita supaya boleh tayang kat wayang, mereka (Maya & Bront) baru dapat tahu dan berpakat nak mencaras balik ex-ex diorang kerana masih cinta! Katanyerrrr... Apatah lagi bila dapat tahu si Nita nak berkahwin dengan Hardy, maka misi men-caras pun bermula.
Baik punya lakonan Joe dan Gina untuk mensabotaj perkahwinan Nita dan Hardy. Siap jadi tok kadi!! BFF Gina, Lola (Dira Abu Zahar) dan BFF Joe, Tompy (Azad Jazmin) pun jadi assistant cum admin of the mission. Ko hengatt Mission Impossible??
Wahhh... panjang lebar pulak sinopsis aku nih. Baik korang pegi tengok jelah sendiri lah. Filem pertama tahun 2014 terbitan Grand Brilliance, #SEJOLI, mulai 20 Februari di pawagam berdekatan korang. Bulan chenta Valentine ssayang lah nih. Sesswaiiii~
Jangan lupa bawa tisu...eh, takyah kot. Sebab nanti korang akan tergelak balik... Hiks!!
Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts
Monday, February 10, 2014
Thursday, November 14, 2013
Love You Mr Arrogant Cecah Jutaan peminat di Tonton!
Siapa minat tengok drama nih? Haaa...
Popular bukan hanya di kaca TV, drama bersiri ini juga merekodkan jutaan penonton di Tonton.Com.My!
“Love You Mr Arrogant” berjaya mencatat tontonan tertinggi dalam sejarah dengan 4.9 juta sepanjang musim termasuk episod akhir. Siaran episod terakhir pada 7 November 2013, LIVE CHAT bersama pelakon utama iaitu Azlee Khairi dan Zara Zya di www.tv3.com.my/LYMA mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih dari 13,000 peminat. Siap trending di twitter lagi tuh.
Drama terbitan Primeworks Studios ini diadapatasi dari novel hasil karya seni Aliesha Kirana, menjadi sebuah drama 26 episod arahan oleh Eoon Suhaimi dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob, membariskan pelakon-pelakon yang mampu menjiwai watak seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias.
Episod akhir drama ini pada Khamis lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)


