LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Sunday, April 4, 2010

Kasta Cintaku...


Tirai langit makin kelam, hati aku pula sudah sepi. Mahu tidur tapi ada saja yang berlegar di ruang benak aku. Hairan sungguh, kenapa aku ada perasaan seperti ini? Lelapkan mata sahaja mesti terpampang bayangnya yang tak pernah lagi aku temui. Aduh...pilunya suasana ini!

Makin aku coba untuk menghindari perasaan ini, makin aku rasa tak mampu menjauh. Seperti suatu aliran magnet yang menetapkan setiap kutub-kutub pemikiran aku kepadanya. Tapi apakah ini yang sebenarnya? Adakah dia merasakan apa yang aku rasa kini? Atau cuma aku saja yang berpanggung di layar lebar tanpa arah dan diiringi sorotan bunyi yang syahdu.

Air mata!! Mengapa kau mengalir lagi? Sudahilah air mata itu dan jangan pernah sesali apa yang berlaku. Aku juga bukan menyesali, cuma sedikit terhambat oleh perasaan yang semakin mendalam dan menyiat-nyiat setiap inci hati aku. Kenapa dia terlalu mudah termakan oleh kata-kata orang? Apakah luahan hatiku sudah tidak perlu untuk didengari lagi atau itu alasan cuma.

Ya tuhan! Berikanlah aku tanda untuk memahami apa yang sedang berlaku. Aku terlalu takut untuk menerima kenyataan ini. Maka Engkau kuatkanlah hatiku, agar aku bisa menjalani hariku dengan penuh kebahagiaan.

Aku coba untuk menekup akal aku dengan selendang putih suci. Agar aku tidak memikirkan perkara yang setidaknya. Agar aku berfikiran positif. Aku coba untuk membuat sesuatu untuk mengaburi perasaan hatiku tatkala cinta sudah tiada lagi buat aku. Tapi ternyata radiasi kasihnya terlalu kuat untuk aku menahan. Sehingga aku terpempan di kamar berduri. Hiris-hiris hatiku sangat memeritkan. Dingin.

Mengapakah ada saja yang tidak suka melihat kebahagiaan insan lain sehingga aku yang terheret merah di gurun asmaradana. Apakah lagi yang perlu aku lakukan untuk membuktikan segalanya?

Berilah aku peluang untuk merasai nikmat madu kasihnya. Walau sesaat jua aku terima. Janganlah halangi aku. Walau pedang setajam tujuh belah rambut. Akan aku terjangi. Tapi apakan daya jika syurga idaman yang dituju telah terhasut oleh bias-bias neraka laknat itu.

Kasih, dengarilah aku. Tidakkah terdetik dihatimu ingin merasakan kasih aku ini. Atau sememangnya kau tidak sudi dengan cinta aku yang polos ini. Dan mengapa dulu kau anggap semuanya indah dan mahu aku menjadi raja dipangkal hatimu. Sehingga aku terbuai dan jinak seperti kucing Parsi dahagakan susu cintanya. Dan kini kau mahu aku menawan puncak gunung Tivana sendirian. Kau mahu melihat aku dipuncak dan akulah kekasihmu.

Oh belitnya hidup ini. Aku coba untuk merungkai agar aku bisa menapak sekilas kancil di dalam hutan dara. Mungkin aku sudah terbiasa mendambakan cinta. Akan aku coba bangkit melihat sebalik awan. Memahami setiap puing-puing kehidupan. Dan pastinya berharap, agar semuanya akan kembali reda. Seperti apa yang aku inginkan. Guntur fitnah itu tidak sama sekali menggerunkan aku.

Cintaku adalah pedangku, kasih aku adalah perisai aku, sayang aku adalah bahtera aku, rindu aku adalah kompas aku, kesetiaanku adalah semangat aku....

Kasta Cintaku..


(c) Copyright:  Alexisqandar 7
[04.21am]


5 comments:

  1. U will be happy one day with your love.. As long as u dont give up.. Btw, nice looking blog u hav.. =)

    ReplyDelete
  2. tQ taufiq... you're my best friend!! keep reading in keep in touch yahh..hehe

    ReplyDelete
  3. Welcome..yeah!! hehe.. I'll always visit your blog.. =)

    ReplyDelete
  4. Di dalam kegelapan bimbang akan tersungkur lagi.. Oh tuhan..perteguhkanlah keimanan untuk ku tempuhi suratan kehidupan..walaupun di hati rasa terkilan tapi apakan saya semuanya takdir tuhan.

    Brian Adam Daniel

    ReplyDelete
  5. Antara Cinta.. Hidup dan Takdir..

    ReplyDelete

Hi.. Love