LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Friday, January 17, 2014

A.I.A


  • Chapter one.
  • Arus sungai terlalu deras sehingga menghasilkan buih putih. Membuak-buak bila menghempas batu-batuan di haluannya. Di hujung sana kelihatan, sebelah tangan kecil terkapai-kapai. Kepala budak itu timbul tenggelam. Cuba untuk mencuri nafas mana berkesempatan.
    Tenggelam lagi. Labu sayongnya telah jauh di hadapan. Deruan arus sungai di selang teriakan unggas seperti mengiringi suasana cemas ini. Deras dan bingit.
    Ammar cuba untuk timbul ke permukaan. Kakinya ditolak-tolak. Lengannya dilibas sana sini. Tak keruan. Semburan nafasnya. Terlalu perit. Arus sungai itu seperti mempermainkan tubuh kecil Ammar. Berpusing-pusing dan dibawa pergi. Ammar cuba menggapai batuan besar untuk berpaut. Lumut. Licin. Ammar hampir lemas. Tenggelam lagi. Ammar hanyut semakin jauh.
    Batang pokok besar itu. Akarnya jinjang menjalar hampir ke tengah sungai. Ammar menolak-nolak kakinya. Berenang. Tangannya dikuak ke arah akar kayu itu. Cuba untuk berpaut namun dia sudah lembik. Jemarinya kebas dek kedinginan air sungai, apatah lagi hari baru sahaja hujan. Ammar tewas dengan arus yang ganas itu. Terlepas! Matanya dikatup seperti mengalah. Merah dan pedih. Tubuhnya tidak lagi mampu melawan arus. Tangannya dibiarkan longlai. Nafas.
    Tiba-tiba tangannya disambar sesuatu. Lembut tapi ampuh. Ammar membuka mata dan terlihat kain batik yang melandut dari akar kayu pokok yang sama. Seperti cuba untuk menyelamatkannya. Ammar menggengam kain batik itu. Melilit lengannya. Dengan baki sisa kudrat kecilnya, Ammar cuba untuk naik ke daratan.
    Pada masa yang sama, kedengaran suara bayi merengek. Nyaring dan syahdu. Ammar yang masih lagi mengejar nafasnya terkejut. Di sebalik kain batik itu tadi, ada bayi kecil menangis. Jari-jari bayi itu rapat dibibirnya mungkin kerna terlalu sejuk. Berbalut batik. Basah.



Please comment below if you like it and want to read more. Thanks


***sedikit recap untuk chapter seterusnya***

"Ammar jumpa kat sungai, jadi adik ni Ammar punya la kan", galak dia meyakinkan neneknya dengan senyuman yg berseri-seri.

Nenek pun.....


**************************************

2 comments:

  1. Please sambung... apa jadi kat budak tu?

    ReplyDelete
  2. Macam best je...macam best je. Next chapter!!! hehe

    ReplyDelete

Hi.. Love