LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Friday, June 1, 2012

Hoore! Hoore! 2012



"Mari kita--mari kita! Bergembira tepuk tangan sama2~"

Hip-hip, Hoore!! 

Semalam kali kedua aku tengok movie nih kat KLCC. Kenapa sampai dua kali?? Haaa~ Korang mesti tengok sendiri. Dan ini sedikit review mengenai ini movie (eh! tatabahasa) <> filem ini.

Untuk synopsys movie, lihat post aku sebelum nih - sila click ->> Hoore! Hoore! Synopsis

Filem ini merupakan sesuatu yg baru bagi aku "sebuah filem muzikal, MELAYU" Yeahh! Tribute kepada Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Rendition lagu-lagu sudirman yang segar membawa kita kembali ke zaman kegemilangan Sudirman ketika dulu yg mengharumkan nama Malaysia di rantau Asia Pasifik.

Gandingan nyanyian pelakon baru dan lama begitu lunak dan merdu. Terkadang aku sendiri pun terbawa-bawa menyanyi bersama ketika menonton. Selepas ini, aku berani katakan, lagu-lagu Sudirman menjadi TOP LIST aku ketika berkaraoke nanti. Lalalala~

Kalo kamu mahu mendapatkan CD/VCD lagu-lagu dalam filem ini bolehnya kiranya ke kedai SPEEDY yang berdekatan. Yang original sahaja ye! Dengarlah suara alunan Akim, Nurfarah, dan yg penting, Ibu Fauziah Nawi dan Harun Salim Bachik yg mahal tuh. Chewaahhh, promote lebih nih. Aku dapat royalti ke? Takdelah. Hehe!



Pengisian filem yg tidak bercelaru dan tersusun. Mesej yg disampaikan begitu kuat sekali. Menggegar emosi.  Aku pun sedih taww~! (-,-) Nasib baik lah airmata jantan aku tak berlinang kan. Segan sehh. Haha! Kalo kamu peminat filem-filem Allahyarham Yasmin Ahmad, filem ini kamu mesti tengok gak. 

Lawak yang ada pun tidak murah. Bertepatan. Kitorang gelak sakan jer. LOL! 

Apa yg buat aku respek sangat ialah kehebatan pelakon-pelakon veteran tetap terbaik! Bakat mereka masih belum malap. Patut menjadi role model kepada pelakon baru.

Yg paling best sekali masa semua menari ramai-ramai dengan lagu 'Balik Kampung'. Salut!!!! Sangat kelakar dan menghiburkan.

Sedikit kritikan. Aku nih mata sangat tajam. Peluh pelakon pun boleh nampak. Setiap scene kalo gerakan tangan beza dengan shot sebelumnya, aku boleh perasan babe. Lip sync masih boleh diperbaiki. Boleh dah tuh. Tak macam filem melayu lain - suara lain bibir entah menjuih kemana. Ini yg selalu menjadi kelemahan filem melayu. Dan ada beberapa customer komplen kat aku (#PerluMention-aku keja wayang babe) tajuk filem ini agak ke-Makcik makcik-an. Walaupun penat aku promote kat makcik makcik. "Best citer nih" "Terbaik" Haha! Aku rasa, pada pandangan aku lah kan, title dia lebih sesuai dengan - "Salam Terakhir"

Apapun, marilah kita bergembira sama-sama kat panggung hujung minggu nih. Nyanyi tepuk tangan sama-sama kat dalam panggung pun lagi best! Semoga filem ini bertahan sampai minggu yg seterusnya. Pada hemat aku sejak kerja wayang nih, filem melayu hanya bertahan dua minggu je. Yg 3 hari je pun ade - Belukar! 

Jadi moh le kiter ye. Aku nih filem melayu boleh katakan tak penah tengok (selain trailers), Ombak Rindu pun aku tak tengok tau! Tapi ini sesuatu yg baru bagi aku lah. Ini baru lah movie babe! Yeahh.. Tahniah kepada semua krew dan pelakon nyer. Akim, Kylla, Adibah Noor, Mohd Faiz dan ramai lagi.

Jika kamu mem-follow aku di twitter, kemaren aku banyak quote daripada skrip movie nih. Sangat menarik!! Dan ada juga followers aku yang re-tweet, dan followers kepada dia re-tweet lagi sekali. Hahaha... Aku suke! Ko suke?

Re-Tweet!!
" Kita dalam menghadapi kehidupan,
Jangan taruh pagar mengelilingi kita"
- Allahyarham Dato Sudirman



No comments:

Post a Comment

Hi.. Love