LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Wednesday, May 16, 2012

Dato Sudirman Tribute: Hoore! Hoore! Musical Film




"Orang-orang besar nih kiut ape"



Haha...tadi baru balek dari Premiere Filem Hoore! Hoore! nih kat KLCC. Seronok pulak tengok gelagat celebriti yang hadir. Siap ada flashmob menari ramai-ramai. Apa lagi, bergegar lah KLCC tuh...hehehe! Takde lah. Tapi kalo lebih ramai yg buat flashmob tuh kompom betul betul bergegar lah kan. Haha.



 Filem ini mengisahkan gadis Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan ayu tetap ada ye. Sahabat baik Aiman iaitu Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Mereka ini kawan baik. Satu geng lah katanyer.

Johari, seorang jejaka yang tampan dan segak yang sebenarnya menyimpan hati dengan si gempal Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah tempatan. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.



Jangan lupa menonton filem ini yahh. Sesuatu yg segar dan menarik dalam industri perfileman melayu. Saya ni jarang tengok filem melayu. I mean full story lah (selain trailer) Boleh kata hampir tak ada lah. 


Pelakon pulak ramai yang muka muka baru. But, style lahh semua. Suka!!

Barisan pelakon adalah : 
Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronozam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz

No comments:

Post a Comment

Hi.. Love