LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Tuesday, July 31, 2012

Resepi Rendang Tok 2012


Rendang Tok



BAHAN-BAHAN
  1. 1 setengah kg Daging Lembu dipotong dadu sebesar 5 cm atau 2 inci.
  2. 150 gram Bawang Merah
  3. 120 gram Bawang Putih
  4. 150 gram Halia dimayang.
Huruf Bold Italic hendaklah DIHIRIS
BAHAN GILING
  1. 2 sudu besar penuh serbuk Ketumbar.
  2. 2 sudu besar serbuk Cili
  3. 1 sudu teh Jintan Putih
  4. 1 sudu teh Jintan Manis
  5. 1/2 sudu teh Lada Hitam
  6. 10 biji Buah Pelaga
  7. 10 kuntum Bunga Cengkih
  8. 5cm Kulit Kayu Manis
  9. 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  10. 1/2 biji Kelapa Parut untuk Kerisik
  11. 1/2 bji Kelapa Muda Keras, dibuang kulit, arinya dipotong nipis kira-kira 5cm atau 2 inci.
  12. 5 biji Kelapa Parut (ambil PATI SANTAN SAHAJA)
  13. 3 sudu teh garam atau mengikut selera anda.
Hidangan Rendang Tok Tradisi ini untuk proses penyediaan saya anggarkan dalam 20 mint dan untuk memasaknya kira-kira 2 hingga 3 setengah jam.
Untuk mula membuatya, perasakan Daging Lembu tadi dengan bahan yang saya suruh dihiris tadi bersama dengan BAHAN GILING, KERISIK, Kelapa Hiris dan Pati Santan, kemudian perapkan selama sejam.
Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah diperapkan ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan. Didihkan selama lebih kurang dua jam sambil dikacau selalu hingga daging tadi empuk atau lembut serta berwarna agak kehitaman dan kering.

Untuk mengelakkan daging dan kuah dari melekat di periuk, kacau terus menerus dan apabila kuah tu hampir kering, masukkan garam secukup rasa anda. Selepas itu ia siap untuk dihidangkan dengan Nasi Impit pun boleh nak makan dengan nasi pun boleh. Tapi kalau di Perak sedapnya cecah dengan Ketupat Daun Palas.
Untuk pengetahuan anda, Rendang Tok masyhur dihidangkan di Majlis Kenduri Perkahwinan dan perayaan orang Melayu. Sebagai hidangan menyambut perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha juga ia dihidangkan dengan ketupat. Selepas di masak ia boleh disimpan didalam peti ais selama lebih kurang seminggu. Cubalah…

No comments:

Post a Comment

Hi.. Love