LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Wednesday, March 3, 2010

Terpanah Lembayung Cintamu

************************

Hujan bagai mengerti hatiku..
Makin gelora rasa hati ini..
Makin deras limpahan dingin saljumu..

Andai esok sudah tiada bagi aku..
Harapanku kau bahagia..

Telahku ku baca semua coretan kisah..
Lakaran kasihnya impian semua..
Tapi bagai aku sendiri tiada..

Sinar lembayung cintamu amat kuat..
Kadang ia menghiburkan..
Kadang ia terbisa..

Akar bumi bergoncang lagi..
Tiada kasihan melihat aku sudah tiada terpegang..
Maka jatuh juga menyembahmu..

Lembah-lembah kasihmu..
Masih aku tatapi..
Ku paksa juga hati ini..
Meneroka isi jiwamu yang kacau..
Agar bisa aku hidup bersamamu selamanya..

Oh tuhan..
Berikanlah aku..
Pancang-pancang teguhmu..
Aku mahu berdiri lagi diatasnya..
Demi mencari sezarah pahala dan..
Menghapus selautan dosaku..

**********************
Alexisqandar 7
*****************

(c) copyright reserve

No comments:

Post a Comment

Hi.. Love