LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Thursday, October 10, 2013

Angels and Demons - Chris Hemsworth



Angels & Demons adalah novel misteri thriller 2000 yg paling laris, ditulis oleh penulis Amerika Dan Brown dan diterbitkan oleh Pocket Books.  Novel ini memperkenalkan watak Robert Langdon, yang juga merupakan protagonis novel Brown yg berikutnya, The Da Vinci Code 2003, novelnya pada 2009, The Lost Symbol; dan pada 2013 novel Inferno.  Sebuah filem adaptasi juga telah dikeluarkan pada 15 Mei, 2009, walaupun ditayangkan selepas filem The Da Vinci Code keluar, iaitu pada tahun 2006.

Synopsis

Apabila seorang ahli simbiologi Harvard yang terkenal, Robert Langdon dipanggil ke pusat penyelidikan Swiss untuk menganalisis simbol misteri -yg terbentuk di dada seorang ahli fizik yg telah dibunuh- dia mendapati bukti yang mengejutkan : kebangkitan sebuah persaudaraan yg telah lama terjalin yang dikenali sebagai Illuminati .. . organisasi bawah tanah yang paling kuat yang pernah ada. Illuminati kini telah muncul semula untuk menjalankan fasa terakhir legenda dendam mereka terhadap musuh yang paling dibenci - Gereja Katolik.

Kebimbangan paling besar bagi Langdon menjadi kenyataan pada malam pertemuan suci , apabila utusan Illuminati mengumumkan mereka telah menyembunyikan bom jangka yg tidak dapat dimatikan di tengah-tengah Kota Vatican. Dengan masa berselang detik, Langdon segera ke Rom untuk bergabung tenaga dengan Vittoria Vetra, seorang saintis Itali yang cantik tapi penuh misteri, untuk membantu Vatican dalam usaha untuk terus hidup.

Memulakan pemburuan yg menyeramkan ke ruang-ruang bawah tanah yang terkunci rapat, kubur bawah tanah berbahaya, gereja sepi, dan juga peti besi rahsia, Langdon dan Vetra mengikuti jejak 400 tahun simbol kuno melalui seluruh Rome ke arah sarang Illuminati lama, lokasi rahsia yang mengandungi satu-satunya harapan untuk menyelamatkan Vatican.

My komen: Ditulis dengan gaya jenaka namun cerdas, Dan Brown membawa kita berpetualang di pusat kebudayaan tertua di Eropah, Rome. Pembacaan yg membuat kita terkejut dengan penyingkapan berbagai rahsia di balik tempat-tempat bersejarah dan karya-karya seni terkenal yang terdapat di sana. Dengan plot cerita yang melingkar-lingkar dan alur yang cepat, Brown sekali lagi berhasil “menyiksa” kita dengan sebuah novel yang sulit dilepaskan begitu kita mulai membacanya!

Ini pulak front cover majalah Esquire Malaysia. Segak kan si Chris Hemsworth nih.




No comments:

Post a Comment

Hi.. Love