LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Monday, October 7, 2013

TIPS MENJIMATKAN PETROL : S01


SIRI 01

Ketika kita dilanda kenaikan harga minyak yang sangat tidak mengejutkan. Mesti ramai yang cuba untuk duduk rumah sahaja pada hujung minggu untuk mengurangkan perbelanjaan duit minyak kereta kan?

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi dengan bro-bro dan gegurl sekalian bagaimana ingin menjimatkan minyak. Seperti apa yang telah saya praktikkan semenjak mendapat lesen 3 tahun lepas.

Ketika mengisi di stesen petrol:

Pilih Stesen Petrol  - Kepada sesiapa yang telah membaca artikel saya sebelum ini mengenai eksperimen stesen minyak petrol, anda pasti tahu stesen minyak mana yang anda perlu tuju selepas ini.




Isi minyak ketika waktu malam - kerana pada waktu ini keadaan tanah (bumi) lebih sejuk. Mengikut kajian sains fizik (belajar masa tingkatan 5 dulu), jisim minyak pada ketika ini adalah lebih mampat dan tidak mudah meruap. Ini mengakibatkan faktor kehilangan partikel (gas) petrol adalah lebih kurang. Yang pasti anda tidak rasa tertipu oleh mesin pam petrol.



Kadar pengisian - isi hanya mengikut keperluan iaitu jika anda tidak pergi lebih jauh isi hanya pada kadar separuh daripada kapasiti tangki minyak kereta Ferrari anda. Sebab: ini mengurangkan keberatan badan kereta anda. Lebih berat kereta anda maka lebih banyak minyak petrol perlu dibakar untuk menggerakkan kereta.



Kereta is kereta, Rumah is rumah - inilah banyak terjadi kepada pemilik kereta warga Melayu. Hehe, jangan terasa :p . Terutamanya bagi si sang bujang. Sama seperti fakta diatas. Cubalah kurangkan kadar berat kenderaan anda. Buatlah spring cleaning SEMINGGU SEKALI. Saya pun kadang-kadang bola bowling tuh sebulan duk dalam kereta, bukan nk pi main pun.


....bersambung

No comments:

Post a Comment

Hi.. Love