LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Monday, October 7, 2013

Tips Diet seperti Naomi Campbell


Lobak, halia dan juga jus nenas: inilah yang diminum oleh Naomi 10 hari sebelum pertunjukkan fesyen di Paris setelah 14 tahun tidak berjalan secara kucing Hehehe.





Naomi Campbell (gambar) hanya meminum jus selama 10 hari untuk "membersihkan" sebelum pertunjukan fesyen Versace beliau di Paris Haute Couture Fashion Week.

Walaupun sudah berusia 43 tahun Supermodel telah berkongsi bahawa dia melaksanakan diet yang ketat buah-buahan dan sayur-sayuran cecair sebelum catwalk di Paris awal tahun ini.

Disini saya ingin berkongsi cara-cara membuat jus buah yang pasti enak dan memberikan tenaga selain menambahkan kecantikkan anda.

Jus Lobak:

1. Bersihkan lobak merah dengan membuang lapisan kulit.
2. Masukkan 2 batang lobak saiz sederhana ke dalam pengisar dan 2 sudu gula.
3. Tambahkan susu segar dan 2 sudu besar yogurt. Sudu ke-tiga masukkan dalam mulut. Haha
4. Tambahkan ketulan ais secukup tangan. Dan sedikit air
5. Kisar 
6. Hidangkan bersama aiskrim cokelat dan taburkan serbuk Cinnamon sedikit demi kecantikkan kulit.
7. Bolehlah kiranya diselang selikan dengan roti keping, supaya kenyang perut. Takyah makan nasi dah.

Jus Halia:

1. Bersihkan halia dan hiris nipis - 1 ulas sepanjang 3 inci.
2. Masukkan dalam pengisar. Tambah sebijik mangga wangi
3. Tambahkan madu murni dan virgin. LOL!! Secukup rasa lahh...
4. Tambahkan air panas. Kisar!
5. Hidangkan secara suam atau panas. Jangan lupa tapis segala serdak nye dulu ye.
6. Bolehlah dinikmati bersama kerepek atau biskut kering.

Jus Nenas:

1. Kalo malas, pakai nenas dalam tin jer. Tapi yang segar lagi bagus la kann.
2. Masukkan dalam pengisar. Bersama sedikit daun pudina
3. Tambahkan madu murni dan virgin lagi.
4. Boleh juga tambah pisang gemuk atau pisang tanduk.
5. Tambahkan ketulan ais secukup tangan. Dan sedikit air
6. Kisar manja, takyah nak halus sangat. Biar ada buah yg boleh gigit2 gituh.. NAKAL!!
7. Hidangkan bersama-sama waffle ataupun roti bakar.



***ekceli, boleh jugak campur ketiga3 bahan utama tadi buat jus Madagascar 3 namanya!!

Naomi juga mengakui dia tidak akan " keterlaluan " dan memberi dirinya peluang untuk sekali-sekala menikmati makanan lazat termasuk coklat dan kerepek. Dan juga ikan goreng bercili gerai Kak Senah yang jual pepagi tuh.

"Saya tidak melampau tentang apa yang saya makan. Saya biarkan coklat dan kerepek datang pada masa-masanya (ada kaki kot...hahaha) . Anda perlu membenarkan perkara-perkara kecil yang membuat anda bahagia ." - Naomi.

Semoga langsing dan cantik bergema-gema ye!

***entry ini untuk warga yang malas joging lah nih*** Bhahahaha.

No comments:

Post a Comment

Hi.. Love