LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Thursday, April 10, 2014

Fahrin digoda jantan gay!!

Pelakon yang popular dengan iklan Ali Cafe, Fahrin Ahmad mengaku digoda kaum sejenis yang mahu menjalinkan hubungan songsang dengannya.

Fahrin berkata lebih ekstrem lagi, apabila dia pernah menerima gambar separuh bogel yang berunsur seks daripada seorang 'jantan'

"Sebenarnya stigma yang mengatakan saya ni seorang gay sudah lama, malah saya rasa ianya normal bagi setiap selebriti.

"Lebih teruk lagi, saya pernah diganggu oleh seorang lelaki yang menghantarkan gambar separuh bogel ke talian saya.

"Saya boleh terima kalau mereka hanya mahu berkawan tetapi jika ianya melampaui batas seperti menghantarkan gambar berunsur seks begitu, saya tidak boleh mendiamkan diri dan terus bertindak untuk blocked nombor mereka serta merta," katanya kepada murai.com.my

Fahrin ditemui selepas sidang media Anda Boleh Jadi Jutawan oleh Power Root di Hotel One World petang tadi.

Fahrin berkata mungkin salah satu faktor stigma itu timbul kerana dia masih lagi berstatus bujang.

"Nak kata sebab saya belum kahwin, tak jugak kerana saya perkara ini normal bagi semua lelaki.

"Kalau mereka ingat saya ni gay memang mengarutlah. Itu je yang boleh saya katakan," jelasnya.

Mengulas mengenai statusnya kini, Fahrin memberitahu dia tidak terdesak untuk berkahwin dan masih belum ada teman.

"Buat masa sekarang ni saya boleh kata saya tidak mencari dan tak menunggu sesiapa untuk berkahwin.

"Saya tak mahu terlalu memikir tentang kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian,"luahnya lagi.

Entahlah, bagi penulis, saya pun kurang memahami perkara seperti ini harus berlaku. Takkan nk ngorat pun main hantar gambar bogel sendiri. Tak malu ke? Tak takut ke kalau tiba2 gambar korang tuh tersebar?

No comments:

Post a Comment

Hi.. Love