LIKE EXCHANGE

Free Facebook Likes

Monday, April 21, 2014

Hans Isaac nak kahwin dah??!!

Hans Isaac & Neelofa

Hans Isaac sexy

Seperti anda, saya juga agak terkejut pertama kali melihat twit mengenai si kacak Hans Isaac nih di timeline. So saya buat buat lah inbestigesyion. Selak punya selak semua laman gosip yang  saya tahu, maka terbacalah semuanya..

Jangan nak gelabah nak tahu pasal Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Ini memang soalan yang wajibul ghunnah untuk ditanyakan bila wartawan setiap kali bertemu beliau. Sama ada diluar ataupun di pentas teaternya. Tetapi Hans begitu bijak menangani mereka-mereka nih. No comment!! Gituhh...

"Apa perkembangan hubungan kamu dengan Neelofa sekarang Hans?"

Hans jawab tegas, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu paling tidak pun pada Disember 2014 nanti, selewatnya.

“Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

“Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial,” ujar Hans Isaac kepada portal GUA.

Berikutan kekecohan yang berlaku antara dua pelakon yang sedang meningkat naik, Neelofa dan Anzalna Nasir seperti yang disiarkan dalam sisipan hiburan sebuah akhbar, pelakon dan penerbit terkenal, Hans Isaac tampil membela Neelofa dalam akaun Twitternya.

Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan?


No comments:

Post a Comment

Hi.. Love